Dunia sejak akhir-akhir ini dikejutkan dengan berita Komando Israel telah menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza. Menurut laporan akhbar, mereka menyerang kapal tersebut dengan alasan kapal tersebut membawa senjata. Namun umum sedia maklum yang Israel sejak dahulu menyerang Palestin dan menghalang sebarang bantuan untuk Palestin. Timbul persoalan kenapa sejak dahulu sehingga kini Israel terus mengganas? Tidak cukupkah usaha yang telah kita lakukan selama ini?
Untuk menjawab persoalan ini, suka sekiranya saya memetik satu petikan artikel yang dipetik dari laman web duniakebenaran.blogspot.com. Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, “pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.” Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.
Sekarang kita analisis pula apa yang telah kita lakukan bagi menghalang Israel terus mengganas. Pemimpin-pemimpin kita dengan jelas mengutuk segala tindakan Israel. Adakah cukup sekadar mengutuk? Selain daripada itu, usaha-usaha lain yang dilakukan oleh kita selain mengutuk dan mengadakan demostrasi ialah memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan Israel serta mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan daripada Allah.
Pada pendapat saya, usaha memboikot bukanlah tindakan yang bijak dalam menghalang Israel terus mengganas apatah lagi memboikot secara membabi buta kerana ia hanya memberi impak jangka pendek sekiranya memberi impak. Untuk memboikot barang buatan Amerika Syarikat dan Israel tidak semudah, jangan guna semua barang atau produk buatan Amerika Syarikat dan Israel. Kita mesti ada produk alternatif. Namun ada sesetengahnya kita terpaksa tidak memboikotnya walaupun ada produk alternatif seperti produk atau barangan francais.
Francais secara mudahnya didefinisikan sebagai kita gunakan syarikat, dan produk syarikat tersebut untuk kita memulakan perniagaan. Dalam tempoh waktu tertentu, sebagai contoh, 1 tahun kita akan membayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut. Sekarang kita ambil contoh syarikat francais yang popular kat Malaysia iaitu KFC (saya tidak pasti sama ada KFC termasuk barang boikot). Apa yang berlaku sekiranya kita boikot KFC? Kita masih ada MCDonald, A&W, Pizza Hut, RasaMas, Secret Receipe dan sebagainya. Namun kita jangan terlupa bahawa pekerja-pekerja KFC di Malaysia dan kebanyakannya adalah Muslim. Sekiranya 1 Malaysia memboikot KFC, besar kemungkinan berlakunya pengurangan pekerja kerana hendak penjimatan kos. Apakah nasib pekerja-pekerja yang dibuang terutamanya Muslim? Kita hendak menyelamatkan orang Palestin tapi dalam masa yang “membunuh” orang kita sendiri. Satu lagi perkara yang kita kena ambil tahu. Sekiranya KFC tiada di Malaysia, adakah ia memberi kesan pada pendapatan KFC induk? Saya rasa tidak.
Selain daripada itu sesetengah daripada kita mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan daripada Allah. Usaha ini adalah usaha yang murni. Adakah hanya berdoa sahaja sudah cukup bagi kita? Apa yang saya ketahui, dalam Islam setelah kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Apakah usaha kita untuk menghenti keganasan terhadap Israel? Demostrasi? Boikot? Mengutuk Israel? Cukup ke tindakan kita?
Apa sepatutnya yang kita lakukan untuk menghalang Israel terus mengganas? Satu sahaja tindakan kita yang sepatutnya kita lakukan yang mampu menghalang Israel terus mengganas iaitu kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Apabila kita amalkan ajaran Islam yang sebenar, umat Islam menjadi kuat kerana bersatu padu. Apabila kita kuat, Israel tidak berani menyerang Palestin lagi. Apabila kita amalkan ajaran Islam yang sebenar, semua masalah yang berkaitan orang Islam akan selesai. Insya Allah. Ini kita tidak pernah bersatu walaupun sesama bangsa, seagama hanya kerana berbeza politik..
















































I typically don’t write comments on posts, but your article urged me to commend your writings. Thanks for writing this, I will definitely popular your website and arrive back as soon as in awhile. Pleased blogging.