faris On May - 25 - 2010

kalau ada orang tanya kat aku soalan ni, jawapan aku ialah taklah. nak buat programming kena pakai komputer. guna nasib boleh compile ke? Tu bila orang tanya kat aku tapi pada pendapat aku, dalam programming tak perlu ada nasib. yang perlu ialah ilmu dan kesabaran.

kenapa aku tanya soalan macam tu? sebabnya masa kursus java, orang depan aku ada yang tak dapat, macam tu orang sebelah kanan ada yang tak dapat, yang sebelah kiri pun sama, apatah lagi orang belakang. Pendek kata ada sahaja yang tak dapat. balik-balik keluar error. dah puas cari, tapi tak jumpa. yang peliknya aku buat kejap je. tapi boleh jadi. takde masalah. siap ada yang kena restart software lagi. adakah sebab aku bernasib baik? Jawapannya tak jika semua komputer yang digunakan dalam keadaan yang sama.

Buat programming perlukan ilmu dan kesabaran. Masa kita kecil-kecil dulu, macam mana kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain? Mula-mula kita belajar merangkak. selepas pandai merangkak, kita mula berjalan. selepas pandai berjalan, baru kita pandai berlari. mustahil kalau hari ini kita belajar merangkak, esok dah pandai berlari kecuali ada keajaiban. begitu juga belajar programming. tak mungkin pandai dalam masa terdekat. ada sesetengah dari kita bila buat programming, terus yang canggih. seperti seorang budak yang mahu terus berlari tanpa belajar merangkak dan berjalan.

Kesimpulannya, programming tak perlukan nasib. Programming tak perlu dihafal. Hanya perlu difahami dengan penuh kesabaran.

One Response so far.

  1. Amin007 says:

    sabar tu sebahagian daripada iman.
    memahami satu-satu masalah adalah sangat penting

Leave a Reply


Sponsors